Nonny Nadirah belanja video dengan burung?

KEBELAKANGAN ini, penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah telah menjadi perbualan hangat orang ramai selepas memuat naik foto seksi dan tidak berhijab di akaun media sosial miliknya.

Walau bagaimanapun, foto tersebut telah dipadam selepas ditegur oleh segelintir selebriti tempatan yang lain.

Semalam, di akaun Instagram Nonny Nadirah berkongsi video Instastory yang memaparkan seorang wanita yang mengenakan pakaian pendek berwarna merah namun bahagian bahu ditutup dengan kardigan berwarna putih.

Video Instastory yang dimuat naik Nonny Nadirah

Menerusi video berkenaan jelas kelihatan wanita itu sedang tersenyum gembira sambil memegang dua ekor burung merpati putih.

Tanpa mengetahui apakah maksud disebalik video yang dimuat naik, ramai yang berspekulasi bahawa burung adalah simbolik kepada kebebasan.

Kebebasan apa yang dimaksudkan oleh Nonny Nadirah di dalam video Instastory? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Terdahulu, perbuatan bekas peserta Akademi Fantasia 5 itu mencetuskan kebimbangan ramai pihak termasuklah rakan selebriti serta bekas tunang, pelakon Niezam Zaidi.