Neelofa kongsi sebab pakai stokin dalam berfesyen – “Bukan paksaan atau mahu ikut orang”

USAHAWAN selebriti terkenal Neelofa menjelaskan tindakannya mengenakan stokin dalam berpakaian datang daripada dirinya sendiri.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor, ia adalah pilihan yang dipilih bukan disebabkan paksaan daripada mana-mana pihak.

“Mengenai aurat kaki, ada sesetengah pendapat orang berbeza-beza. Kalau saya memilih untuk mengenakan stokin, itu adalah pemahaman saya dan buat pilihan apa yang nak saya lakukan.

“Kenapa saya pilih untuk buat sedemikian? Saya seorang yang kalau lakukan sesuatu, ia bukan atas paksaan atau pun mahu ikut orang.

Neelofa dilihat mengenakan stokin dalam berpakaian sejak beberapa bulan lalu.

“Bila saya sudah faham mengenai sesuatu, saya akan lakukan,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, bekas hos program MeleTop berharap agar Allah kukuhkan imannya untuk terus kekal beristiqomah.

Malah Neelofa, 31, turut meluahkan rasa syukur kerana cara pemakaiannya menjadi contoh dan ikutan kepada wanita lain.

“Macam dulu, kelalaian lalu berlaku atas keburukan diri saya sebelum ini. Jadi bila saya pilih nak pakai stokin kaki, tangan dan sebagainya, saya harap Allah tetapkan iman agar terus istiqomah.

“Malah saya dapat tahu ramai gadis di luar sana yang mesej saya kerana turut terinspirasi untuk mengenakan stokin dan sebagainya, Alhamdulillah.

“Kalau ada orang nak cakap sebaliknya, itu terpulang mereka,” tambah Neelofa.

Neelofa mula Neelofa mencuri tumpuan netizen apabila mula mengenakan sarung kaki dalam setiap penampilannya sejak beberapa bulan lalu.

Sumber: Gempak