Neelofa sahkan kini berniqab

USAHAWAN selebriti terkenal, Neelofa, mengesahkan dirinya berniqab selepas memuat naik foto dengan penampilan terbaharu di Instagram, beberapa jam lalu.

Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Assalamualaikum, doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

Perkongsian Neelofa di Instagram

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.

“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya,” katanya kepada BH Online.

Ibu Neelofa turut berkongsi saat manis bertemu Neelofa dengan penampilan berniqab.

Neelofa, 31, turut bersyukur keputusannya berniqab mendapat sokongan penuh ibu, Noor Kartini.

“Insan teragung yang sentiasa berada di sisiku di setiap langkah… I love you so much Mama,” tulisnya di IG.

Selain itu, pengasas empayar perniagaan, Naelofar turut meluahkan terima kasih dan penghargaan atas doa dan sokongan orang ramai.

Sumber: Berita Harian