Video Harry Khalifah duet bersama Oncy Ungu dapat perhatian peminat dua Negara

    Ketika ini hampir satu pertiga masyarakat dunia sedang berkurung dirumah dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang menjadi ancaman dunia.

    Antara negara yang mengambil langkah ini tidak terkecuali Malaysia sendiri yang sudah masuk dua minggu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.

    Malah di Indonesia sendiri keadaan yang sama turut berlaku. Tahu apa yang sedang dilalui negara masing-masing dua gitaris ini mengambil kesempatan untuk menceriakan peminat mereka.


    Dengan bantuan alatan komunikasi moden kini ternyata tiada apa yang mustahil untuk Harry Khalifah dan Oncy dari kumpulan Ungu menyiapkan sebuah video “duet” untuk lagu Bangau oh Bangau.



    Cukup menghiburkan dan kreatif ramai yang memuji usaha dua anak seni berbeza negara ini dalam menghasilkan hiburan baharu buat pengguna laman sosial.


    Walaupun beribu batu jauh namun dengan kepakaran bermain gitar membuatkan video Harry dan Oncy kini menjadi viral di laman sosial
    Ketika ini.


    Harapnya ini bukan kali terakhir buat mereka menyediakan hiburan buat peminat yang kini tentunya memerlukan hiburan melalui medium baharu. Malah tidak dinafikan sudah ada permintaan baharu daripada peminat sendiri.

    Tentunya melalui tempo PKP yang masih panjang ini ada peminat artis lain juga berharap artis kesayangan akan menghasilkan video seperti ini. Jom kita tunggu.