Sophia Liana & Budak Ngam Juara Musim Pertama Dansa Dan Sing

    Malam tadi menyaksikan rancangan akhir bagi rancangan Dansa Dan Sing di Astro Ria . Enam Kumpulan telah berjaya ke peringkat akhir antara nya kumpulan, W.A.R.I.S & ALAMAK, WANI KAYRIE & DELITZ , RAJA SYAHIRAN & 2TWENTY2 SQUAD, SHIHA ZIKIR & TEAM SQUAD, SOPHIA LIANA & BUDAK NGAM dan CHUBB-E & ZEPPO YOUNGSTERZ CREW.

    Rancang yang telah bersiaran selama Lapan minggu yang mempertandingan Penyanyi Dan Penari Profesional ini, telah memberi ruang dan peluang bagi mereka mengembangkan bakat mereka di pentas Dansa Dan Sing.

    Pada konsert akhir malam tadi telah menjadi saksi dimana Juara Pertama Dansa Dan Sing, Musim pertama telah menjadi milik SOPHIA LIANA & BUDAK NGAM yang membawa pulang hadiah wang tunai sebayak RM100,000.00 dan trofi sumbangan Astro.