KUMPULAN muzik tempatan, Salammusik muncul dengan lagu “Kuasa” bagi memberi kesan positif, mengenai keadaan atau situasi semasa terutamanya yang berlaku di antara Israel dan Palestin.
Seperti yang diketahui, punca keganasan yang berlaku lebih dari satu abad ini adalah kesan dari konflik yang tidak dapat diselesaikan antara Israel dan Palestin. Kini, rakyat Palestin masih lagi berjuang untuk mempertahankan tanah air mereka.
“Selagi konflik ini tidak dapat diselesaikan, ia akan berlaku berulang kali. Kita harus menyatukan para pemimpin dan mengembalikan pihak-pihak ke meja rundingan. Penggunaan kekuatan hanya menimbulkan lebih banyak kebencian ”, tegas Salammusik.
Dalam pada itu, Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) berkata, jumlah perbelanjaan ketenteraan global meningkat kepada $1981 bilion pada tahun lalu. Selain itu, banyak syarikat yang memperoleh keuntungan berbilion dolar setiap tahun kerana perperangan.
“Kami percaya bahawa para pemimpin perlu berbincang dan berhenti menghabiskan lebih banyak wang untuk membunuh dan memusnahkan. Ia telah menyebabkan begitu banyak kematian, penderitaan dan kerosakan infrastruktur penting”, jelasnya.
“…Kita tidak boleh membiarkan perkara ini dibiarkan lebih lama, dan harus memikirkan semua orang yang tidak bersalah, terutama anak-anak! Sekiranya mereka tumbuh dengan begitu banyak keganasan, pemimpin seperti apa mereka? Pertempuran mesti berhenti!” Salam menambah.
Sehubungan itu, mereka juga ingin memberi kesedaran kepada orang ramai kerana ia boleh sedikit sebanyak boleh menjadi penyumbang kepada perubahan positif dengan mengeluarkan “Kuasa”.
Menurutnya lagi, muzik tidak mempunyai sempadan untuk menyatukan orang dan memulihkan hubungan.