“Perkataan LGBT yang digunakan dalam lirik lagu itu bukanlah ditujukan kepada mana-mana individu tetapi ia ditujukan kepada pergerakan komuniti LGBT” – Bunkface

    Tahu akan single terbaharu kumpulan Ini menerima banyak kritikan. Bunkface akhirnya mengeluarkan kenyataan mengenai lagu terbaharu mereka berjudul Akhir Zaman .

    Tidak menolak terdapat lirik-lirik yang menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Bunkface yang dianggotai Sam, Paan dan Youk tampil memberikan penjelasan di atas kontroversi tersebut.

    “Kami menerima segala kritikan positif mahupun negatif yang diberikan.

    Alhamdulillah, berdasarkan komen-komen yang kami terima majoriti rakyat Malaysia memberi sokongan terhadap mesej yang kami cuba sampaikan.

    “Kami ingin memberi penjelasan mengenai isu lirik yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender).

    “Perkataan LGBT yang digunakan dalam lirik lagu itu bukanlah ditujukan kepada mana-mana individu tetapi ia ditujukan kepada pergerakan komuniti LGBT yang semakin meluas di seluruh dunia, terutamanya yang beragama Islam di negara kita ini.

    “Sekali lagi kami tegaskan kami tidak berniat atau mahu membenci mana-mana individu mahupun mempromosikan kebencian terhadap mereka, yang kami tentang ialah pergerakan LGBT yang sedang cuba mempromosikan hak mereka secara terang-terangan di Malaysia.

    “Ia ditujukan khusus buat mereka yang beragama Islam terutamanya mereka yang berbangsa Melayu. Yang haram itu tetap haram dan definisi Islam itu sendiri bermaksud menyerah atau tunduk patuh kepada ajaran-Nya. Jadi, siapalah kita untuk mempersoalkan hukum-hakam yang telah ditetapkan-Nya,” kata kumpulan itu menerusi satu kenyataan media.

    Muzik video rasmi lirik Akhir Zaman dipercayai telah dibuang oleh saluran Youtube selepas dikatakan melanggar beberapa peraturan syarikat itu selain ramai pihak telah membuat ‘report’ terhadap isi kandungan muzik video tersebut.