Naqiu Kembali BerBlSA, One Nation Emcees Paling SEKSl & Tiada Bintang Yang Tersingkir!

64

Minggu kelima semakin panas, semakin berontak dengan persembahan bertenaga 10 bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019).

Dengan tema CurHat (curahan hati), bintang GV2019 menceritakan isi disebalik lagu cab@ran dengan cara tersendiri.

Naqiu Boboy pantas merebut tempat pertama dengan persembahan bertaraf vokalis Wings, Datuk Awie menerusi lagu Di Ambang Wati.

Lebih mengejutkan, Nurfatima yang berada di kedudukan tercorot mampu menarik nafas lega apabila tiada penyingkiiran diumumkan selepas mendapat markah paling rendah pada konsert minggu ini.

Roy, Jatt dan Wann dilihat selesa berada di kedudukan yang selamat dan mendapat komen yang memberangs@ngkan daripada juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Yusof Haslam.

Namun, Feeza masih berada di kedudukan dua terbawah biarpun sudah berada di konsert kelima.

One Nation Emcees telah dipilih sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power pada minggu ini.

Mereka menerima hadiah istimewa wang tunai RM3,000 dan bekalan produk Adabi selama dua bulan bernilai RM500.

Manakala Wann pula meraih anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak yang membawa pulang penapis air beralkali ringan Cuckoo Excel bernilai RM3,700.

Penyanyi veteran, Aida Agil diundang sebagai penerima sumbangan Farm Fresh Kongsi Rezeki bernilai RM10,000.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

1. Naqiu Boboy – Di Ambang Wati (80%)

Hetty Koes Endang: Naqiu kembali lagi! Jadi ternyata kamu cerdik. Apa yang bonda sampaikan, bukan beerti bonda ben ci tapi sayang pada semua peserta. Malam hari ini bonda terhibur, bonda puas.

Datuk Yusof Haslam: Lagu ni mengingatkan saya pada filem Sembilu. Datuk Awie sampaikan dengan penuh feel. Saya risau awak boleh bawa ke tidak, tapi awak bawa dengan cara tersendiri.

Datuk Ramli MS: Cerdik! Memang cerdik.

2. Jatt – Benci Bilang Cinta (79%)

Datuk Yusof Haslam: Daripda minggu ke minggu, terus konsisten. Minggu ni awak p0wer, mantap, showmanship bagus, vokal jelas.

Baca juga:   Wann Dan Noorshila Amin Tak ke Peringkat Akhir Gegar Vaganza 6

Hetty Koes Endang: Tempo sedikit aja hati-hati ya.

3. One Nation Emcees – MakhIuk Tuhan Paling Seksi (73%)

Datuk Yusof Haslam: Sentiasa bertenaga. Satu persembahan yang mantap, satu kombinasi yang cukup cantik. Very good!

Hetty Koes Endang: Lead vokal harus hati-hati kerana semua tertuju pada kamu. Kozae tadi menceritakan atau apa tadi? Menurut bonda untuk stage act cukup bagus. Sebenarnya kamu ini entertainnya dapat cuma perlu ada satu gerakan bersama. Untuk next, perhatikan, fikir. Lebih cerdik lagi. Overall bonda tehibur.

4. Roy – Crazy Little Thing Called Love (72%)

Datuk Ramli MS: It’s good. Groove cantik, cubaan menari lagi cantik. Next time dapat lagu orang putih, intonasi perlu lebih jelas. So Roy, selain daripada Ratnaku, ini paling cun.

Hetty Koes Endang: Menurut bonda, selama penampilan kamu di GV, malam ini paling terbaik, apa lagi control tone tidak ragu, kamu ajar dan menurut bonda, best.

5. Wann – Kali Terakhir Kulihat Wajahmu (71%)

Hetty Koes Endang: Bonda suka style rambut kamu, cocok. Jarak mic jaga, jangan seperti mahu dimakan. Lagu ini dan isi ceritanya sangat mendalam. Sebetulnya jangan terlalu p0wer, lebih tenang bercerita. Seperti bicara. Saat di chorus baru kamu ajar! Ada dinamikanya. Mic hati-hati jangan terlalu dekat. Awalnya perlu relaks, tapi ekspresi penjiwaan pada bonda kamu dapat.

Datuk Ramli MS: Bagus! Kamu nyanyi dah panjang, dah sedih, it’s good. More, jiwa tu more. It’s okay.

Datuk Yusof Haslam: Saya kenal style menyanyi memang begitu, lagu ni nak dibawa dalam style awak. Bagi saya, boleh diterima. Penyanyi asalnya lembut, tapi style Wann memang begitu.

6. Hady Mirza – Luluh (61%)

Hetty Koes Endang: Last week saya tak puas. Lagu ini patut lebih mendalam, faham isi cerita, pasti sampai di hati bonda. Tiga persembahan tadi jarak mic terlalu jeIik, terdengar nafas, sampai pecah. Kamu itu ngapain aja? Ada jogging? Kamu menyanyi kurang rasa. Next week kamu harus faham isi lagu lebih mendalam.

Baca juga:   Latihan makin berat, Khai Bahar tidak sabar menunggu tarikh konsert

7. Noorshila Amin – Semakin (59%)

Datuk Yusof Haslam: Saya mengikuti perkembangan awak dari minggu pertama, isteri saya penggemar lagu-lagu awak. Saya mengikuti GV dari minggu pertama, saya susp3n takut awak kehiIangan p0wer, vokal awak macam tiada stamina. Tapi dari minggu ke minggu awak meningkat. Minggu ni telinga saya dengar, awak telah berikan persembahan yang bagus. Ekspresi muka awak mengagumkan.

8. Sham Visa – Terima Kasih Cinta (53%)

Datuk Yusof Haslam: Umur 48 tapi tak banyak perubahan. Nampak makin handsome. Suara awak serak-serak basah. Walaupun s@kit tapi mampu berikan persembahan terbaik. Walaupun sakit tapi style tu macam serak basah. Not bad dan saya kagum. Awak penyanyi lama, jangan behenti menyanyi. Nanti cepat tua. Teruskan perjuangan dan kekal dalam GV.

9. Feeza – Jutaan Purnama (52%)

Datuk Ramli MS: Penyanyi harus tahu huruf B dan P. Melodi lebih penting dari feel. Kamu terlebih feel, hilang melodi. Tempo pun lari. Okay lah.

Hetty Koes Endang: Bonda sudah bilang degil, jarak mic. Ini lagu range yang sangat besar. Dari rendah sampai tinggi. Memerlukan stamina yang kuat, harus sentiasa dengar kerana lagu ini range lebar. Depannya harus halus dulu kerana simpan di tengah. Banyak sekali note yang sharp.

Datuk Yusof Haslam: Saya setuju komen Datuk Ramli dan bonda Hetty. Persembahan tak mengecewakan. Teruskan perjuangan.

10. Nurfatima – Can’t Fight The Moonlight (50%)

Datuk Ramli MS: Susah low register. Nafas kamu tercungap nak hold note, banyak yang flat. Bila dapat lagu rendah, teknikal kamu bagus. Cuma kamu dapat lagu low note, nafas tercungap, but sounded okay.

Sumber : Gempak