Kurang permintaan ‘show’, Izam EYE cover lagu di Facebook cari mata pencarian

TIDAK dinafikan, sejak pandemik Covid-19 melanda, ramai individu terkesan sehingga ada yang hilang punca pendapatan. Bukan sahaja industri pembuatan, perniagaan, malah industri hiburan juga turut banyak terjejas.

Turut terkesan adalah vokalis kumpulan EYE iaitu Izam. Kini, dia berkongsi video nyanyiannya di Facebook sebagai salah satu inisiatif untuk menjana pendapatan semasa pandemik. Bukan itu sahaja, dia juga turut memaklumkan sejak dirinya kurang sihat, sudah hampir dua tahun dia tidak mendapat sebarang jemputan nyanyian.

“Terima kasih kepada anda semua yang sudi melihat ini. Jadi inilah cara kami selepas dua tahun tiada show untuk mendapatkan sedikit sumbangan dari anda (penonton) bagi meneruskan karier kami”, katanya melalui video tersebut.

Facebook: Izam EYE

Izam menyanyikan lagu “Izinkan Selamanya Namamu Dihati” secara akustik sambil gitar dimainkan oleh anak lelakinya turut menjelaskan bahawa dia akan memuat naik video ‘cover song‘ dari masa ke semasa.

Dalam pada itu, warganet di Facebook pula ramai memuji usaha Izam EYE yang masih lagi mampu bernyanyi walaupun sebelum ini dia pernah dilaporkan sakit tetapi masih lagi gigih berniaga.

Ada juga diantara mereka yang memberikan sumbangan selain turut bercadang supaya Izam membuka akaun Youtube kerana disitu mempunyai pengguna lebih luas dan boleh mendapat sumber pendapatan yang memuaskan melalui jumlah tontonan.

Apa pun, memang terbaik Izam EYE! dan semoga diperluaskan lagi rezeki mereka di luar sana.