Kumpulan Kristal X Bantu Ahli Kumpulan Sara Hidup

595

Semalam berlansungnya Sidang media bagi perlancaran Lagu “Seragam Hitam” Oleh Kumpulan Kristal X. Mungkiing ramai yang tertanya – tanya adakah Kumpulan Kristal X ini, adalah kumpulan Kristal yang ditubuhkan satu ketika dulu oleh Penyanyi Kumpulan Wings, Dato Awie.

Jawab Penyanyi Lan Solo atau dikenali sebagai Lan Kristal, yang di temui semalam berkata. Kumpulan Kristal X adalah satu penjenamaan baru bagi Kristal. Dimana angota asal Kristal  iaitu Ainul dan Ezal, Disatukan kembali dan Terhasilah Kristal X.

 

Lan berkata, penubuhan semula Kristal itu adalah untuk membantu rakan-rakannya bagi mencari rezeki yang halal sebagai anak seni.

 

Lan juga meluahkan bahawa masih ada rasa sayang terhadap kumpulan Kristal yang ditubuhkan pada 2000. “Saya akui, masih sayang dengan Kristal dan tak ada masalah sekiranya nak bekerjasama. Cumanya, buat masa sekarang saya tak boleh nak bekerjasama dengan anggota di dalam Kristal.

 

“Penubuhan Kristal X dan juga penghasilan lagu yang kami nyanyikan semula iaitu Seragam Hitam adalah sebagai meraikan ulang tahun ke-20 Kristal,” katanya.

Baca juga:   Naqiu Kembali BerBlSA, One Nation Emcees Paling SEKSl & Tiada Bintang Yang Tersingkir!

 

Tambah Lan, penubuhan Kristal X tidak akan menghalang mana-mana anggotanya daripada berkarya dengan projek lain.

 

“Saya dengan rakan-rakan dalam Kristal X bersepakat bahawa kami tak akan mengikat diri kami dengan band ini saja. Kita perlu jadi realistik kerana dalam kehidupan zaman sekarang, nak cari rezeki perlu melakukan banyak kerja,” katanya.

 

Selain Lan, Ainul dan Ezal, Kristal juga disertai oleh Napi sebagai pemain drama jemputan atau ‘sessionist’. Lan sebelum ini bergerak secara solo pada penghujung tahun 2017 dan menggunakan nama Lan Solo.