Konsert IB Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia ditangguh

23

Konsert sulung penyanyi Khai Bahar, Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur ditunda ekoran penularan wabak Covid-19.

Perkara itu disahkan Penerbit Eksekutif, Fauziah Ahmad Daud selepas mendapat nasihat daripada pihak Istana Budaya dan persetujuan bersama semua pihak terbabit.

“Semalam pihak IB pun sudah mengeluarkan notis berkenaan penangguhan konsert ini. Jadi, sebagai langkah keselamatan semua kita perlu akur.

“Apatah lagi, Perdana Menteri juga sudah mengumumkan berkenaan penangguhan semua acara membabitkan orang ramai sehingga April.

“Insya-Allah, tarikh baru berkenaan konsert ini akan dimaklumkan pada Isnin ini selepas saya mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah IB, Datuk Johari,” katanya kepada Harian Metro.

Ogy berkata, dia berharap peminat yang sudah membeli tiket tidak panik dan gusar berkenaan penangguhan konsert itu.

“Konsert ini tidak dibatalkan. Ia akan diteruskan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Kita tunda pun disebabkan perkara yang berlaku di luar jangkaan kita.

Baca juga:   “Perkataan LGBT yang digunakan dalam lirik lagu itu bukanlah ditujukan kepada mana-mana individu tetapi ia ditujukan kepada pergerakan komuniti LGBT” - Bunkface

“Saya berharap peminat yang sudah membeli tiket sabar dan tenang. Saya percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

“Perancangan Allah itu jauh lebih baik. Semoga apa yang dirancang ini akan terus berjalan lancar,” katanya.