Dolla ketengah muzik berbeza

    Terdiri daripada empat gadis menawan, sekali lihat pasti ada yang mahu membandingkan mereka dengan kumpulan Kpop Blackpink. Dikenali sebagai Dolla, kumpulan yang ditubuhkan pada 2019 ini dianggotai Sabronzo, Tabby, Syasya, dan Angel.

    Tidak sekadar menawarkan suara yang lunak, keempat-empat gadis ini juga turut mempunyai kehebatan dalam gerak tari. Malah menonton video muzik dari single pertama mereka berjudul ‘Make You Wanna’ pasti membuatkan sesiapa sahaja mahu menari bersama.

    Berharap kehadiran mereka ini dapat diterima dengan baik peminat muzik di negara ini selain itu juga mereka yakin untuk mengenengahkan diri mereka sebagai kumpulan wanita generasi baru yang bakal mengegar industri muzik Malaysia.

    Ketika diminta mengulas mengenai single pertama, salah seorang daripada ahli kumpulan DOLLA, Syasya berkata,

    “Kami mahu menghala perhatian kepada kepentingan merasa yakin dan selesa dengan diri sendiri.  Wanita yang berkeyakinan tinggi akan lebih menyerlah dan menarik perhatian ramai pihak.”

     Sementara itu, seorang lagi ahli kumpulan DOLLA, Sabrina menambah,

    “Saya gembira kerana lagu ini menonjolkan kekuatan wanita.  Bukan saja sesuai dimainkan di radio tapi ‘Make You Wanna’ membuat kita terasa ingin menari. Orang yang tidak suka menari pun akan menari bila mendengar lagu ini.”katanya.

    Bercakap mengenai Lagu ‘Make You Wanna’ lagu ini merupakan hasil gubahan Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta.

    Sebuah lagu dengan unsur nakal dan seksi tentang keyakinan diri dan kekuatan seorang wanita. Mesej yang ingin disampaikan adalah bagaimana keyakinan diri dan keberanian seorang wanita dalam membuktikan bahawa setiap manusia itu berharga dan berhak untuk dihormati.