Ayie Floor 88, rebah ketika buat persembahan

1226

Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie mengejutkan pengunjung di Konsert Gempak NEGERI fm, malam tadi, apabila tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Ayie yang ketika iti sedang menyanyikan lagu Aqilah pada mulanya nampak aktif diatas pentas sebelum ke tiba-tiba pengsan.

Menerusi perkongsian video di laman Instagram kumpulan itu, Floor 88 turut memohon maaf kepada pengunjung yang hadir.

“Kami Floor 88 ingin memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert Gempak NEGERI fm. Kami akan kongsi perkembangan penuh keadaan kesihatan Ayie. Terima kasih pada yang hadir dan tidak putus mendoakan kesihatan Ayie ” tulisnya dalam perkongsian itu.

Sementara itu Konsert yang berlangsung di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu bersempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Baca juga:   “Gerai Nasi Lemak Buat Isteriku” Hadiah Apex Tajudin Buat Cinta Hati