Mizz Nina Selamat Bernikah Kali Kedua, Syukur Perkahwinan Direstui Orang Tua

PENYANYI Mizz Nina mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Essam Muhammad dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat. 

Menerusi Instagram, Mizz Nina meluahkan rasa syukur dengan pernikahan kali kedua itu dan menganggap ia takdir terindah ditentukan oleh Allah SWT. 

“Bismillahirahmanirahim..Alhamdulilah, segala puji bagi Allah sebaik-baik perancangan dan telah menentukan takdir terindah. Syukur dengan perkahwinan yang mendapat restu kedua orang tua. 

“InsyaAllah, kami akan saling melengkapi satu sama lain dan meneruskan hidup kami untuk berdakwah. Kami berkongsi aspirasi dan matlamat serta teruja dalam menempuh fasa baru kehidupan bersama,” katanya. 

Mizz Nina atau pemilik nama Shazrina Azman, 43, tujuan ikatan ini terjalin berlandaskan iman kerana Allah SWT. 

“Dunia ini hanya sementara, manakala hari akan datang belum pasti lagi. Kami sepakat perkahwinan ialah sebuah ikatan dalam membina persefahaman dan kasih sayang serta ketenangan. 

“Paling penting, kami dapat bersama-sama menuju ke syurga,” katanya. 

Mizz Nina juga berharap ikatan yang dibina akan memberikan manfaat kepada semua pihak dan dirinya dalam bersama-sama menjadi insan yang lebih baik. 

Penyanyi yang juga aktivis keagamaan turut berkongsi bakal mengadakan satu majlis resepsi perkahwinan tertutup di ibukota dalam masa terdekat.

Terdahulu, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebelum menfailkan penceraian pada 14 Jun 2022. 

Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil anak angkat bernama Musa pada April 2022. 

Sumber gambar – mStar | Sumber laporan – Harian Metro