Memang comel! Ain Edruce umum nama dan dedah wajah anak sulung!

SEPERTI yang diketahui umum, pelakon dan pengacara Ain Edruce baru sahaja melahirkan bayi pertamanya pada 19 Mei 2021.

Terbaru, Ain dan suaminya buat pertama kali telah berkongsi wajah dan nama anak perempuan mereka melalui akaun Youtube.

Melalui video berkenaan, banyak soalan yang telah diajukan kepada pasangan tersebut dan apa yang mencuit hati apabila Ain bercerita mengenai keadaan suaminya, Amirul yang hampir pengsan ketika doktor menyuruhnya memotong tali pusat anak mereka.

Disebabkan keadaannya itu, Amirul tidak dapat berbuat demikian kerana tidak berani. Dalam pada itu, dia juga berkongsi bagaimana Ain memarahi dirinya ketika dalam dewan bersalin.

Selain dari itu, mereka juga turut mengumumkan nama anak mereka, iaitu Soraya binti Muhammad Amirul Hafiz.

Apa yang lebih menarik, wajah comel Soraya juga didedahkan kerana sudah pasti ramai yang nak tengok muka bayi comel kan!

Ain dan Amirul juga sempat berseloroh dan bergurau sewaktu memberi ucapan kepada Soraya di hujung video berkenaan dan memang lucu apabila Ain mengatakan jika Soraya mengajaknya untuk buat ‘Tiktok’, dia on sahaja! Memang best betul dapat mummy macam ini!

Memang comel sangat Soraya! Apa pun, semoga Soraya membesar dengan baik dan menjadi anak solehah untuk kedua ibu bapanya!