“Maafkan saya” – Nabila Razali

PENYANYI Peluang Kedua, Nabila Razali mohon maaf kepada semua peminat ekoran persembahan nyanyiannya yang kurang memberangsangkan di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35, malam tadi.

Dia meluahkan rasa maaf itu menerusi Instagram miliknya.

“Saya telah cuba yang terbaik, maafkan saya,” tulisnya.

Permohonan maaf yang dibuat Nabila Razali.

Permohonan maaf itu juga turut diberikan kepada pencipta lagu itu Hael Husaini.

Bagaimanapun, Hael menerusi statusnya di twitter tetap menyokong sepenuhnya dan memberi semangat kepada Nabila bahawa dia telah lakukan yang terbaik.

Cicipan Hael Husaini.

“Tahniah Nabila Razali, anda telah buat yang terbaik,” tulis Hael.

Malah, pengikut laman sosial Nabila turut sama-sama beri kata-kata semangat agar dia tidak lemah atau berputus asa dalam bidang seni yang diceburinya.