Luna Maya ‘steady’ tidak melatah kena soal tentang jodoh

PELAKON Indonesia, Luna Maya baru-baru ini menuai pujian dari warganet apabila tenang memberikan jawapan bijak mengenai jodoh.

Beliau bersama pelakon, Kartika Putri membahas tentang hal perkahwinan melalui Youtube TS Media dan topik itu menjadi sorotan apabila Kartika mendesak Luna untuk segera mencari jodoh dan bernikah.

“Kak, cepat-cepatlah nikah. Enak (seronok) tau kahwin ini. Tidur ada yang peluk, jika selimut terbuka ada yang tolong selimutkan, jika lupa ambil tuala waktu mandi ada yang tolong”, ujar Kartika yang menggambarkan indahnya alam perkahwinan dalam video berkenaan.

Sejurus itu, Luna Maya dilihat kurang selesa dengan pertanyaan tersebut dan cuba menggantikan topik. Namun, Kartika tetap menyerang Luna dengan soalan ‘nikah’ dan berharap agar rakannya itu segera bernikah.

Luna Maya langsung bertegas, “Tidak semua orang yang beruntung seperti kamu. Menurut saya, nikah itu bukannya seperti ‘oh aku kena nikah ni! dan esoknya kita boleh nikah’. Bukan seperti itu”.

“Nak bernikah dan kahwin ini kita ada persepsi masing-masing dan ada orang mungkin beruntung kerana bernikah awal dan dikurniakan pasangan tepat. Malah ada juga yang sebaliknya”, jelas pelakon cantik itu lagi.

Sementara itu, Luna juga berpendapat setiap orang memiliki perjalanan dan waktu yang berbeza untuk bertemu jodoh mereka dan orang lain tidak layak untuk memukul sama rata nasib setiap individu.

“Sebenarnya untuk mencari pasangan yang sesuai pun tidak mudah. Kadang-kadang saya pun tertanya ‘kenapa saya belum lagi?’ tetapi saya sedar bahawa setiap orang mempunyai waktu masing-masing dan rezeki diberikan pada kita pun berlainan”, tambahnya Luna Maya.

Dalam pada itu, disebabkan perbincangan ini Kartika dibanjiri kritikan pedas dari warganet dan ada yang berpendapat soalan seperti itu kurang sesuai untuk dilontarkan apabila Luna kelihatan tidak selesa.