Home Hiburan Lelaki Gelar Puteri Sarah dan Bella Astillah ‘Geng Secondhand’, Rupanya Dah Banyak...

Lelaki Gelar Puteri Sarah dan Bella Astillah ‘Geng Secondhand’, Rupanya Dah Banyak Kali Buat Hal

Tindakan seorang pengguna media sosial menggelarkan Puteri Sarah dan Bella Astillah ‘geng secondhand’ mengundang rasa kurang senang pelakon itu.

Lelaki tersebut meninggalkan komen “geng secondhand ke?” pada video trend lagu Alamak Raya bersama Bella Astillah dan Didi Astillah yang dimuat naik di Instagram Puteri Sarah.

 

“Bukan main kau komen hina aku dengan Bella Astillah. Kat sini pengecut pula. Sebenarnya banyak je jantan sakit mental penuh kat komen IG tu. T

“Tapi yang ni tak tahu cara nak berhenti,” luah Puteri Sarah menerusi satu ciapan di aplikasi X.

Puteri Sarah Liyana, 39, juga mendedahkan lelaki tersebut sudah pun menyekat dirinya di media sosial.

“Kat media sosial je berani. Bila kit acari block kita pula. Bila kena viral missing in action (MIA) pula,” dedah Sarah lagi.

Menerusi ruangan komen di X, ramai yang mengenali lelaki tersebut di media sosial kerana sebelum ini sudah beberapa kali melakukan hal yang sama.

“Jap. Kenapa muka makhluk ni familiar eh? Pernah ada kes ke dulu?

“Afiqazni ni mmg dari dulu bermasalah. Ada je nk cari pasal. Mcm orang tak siuman.

“Mamat ni memang ada history cari gaduh dengan semua orang eh? Ada KPI yang nak dikejar gamaknya.

“Laaaa dia ni ke? Selalu suka buli perempuan, mungkin jantan tersakiti tak ada perempuan yang nak tu pasal bitter semacam kat perempuan,” antara komen netizen.

 

Bagaimanapun, ramai netizen yang menasihati Puteri Sarah untuk membuat aduan dan juga tindakan undang-undang terhadap lelaki tersebut.

 

Exit mobile version