Lee Kwang Soo dedah rasa kecewa, belum beri yang terbaik dalam Running Man

1499

PELAKON dan anggota Running Man, Lee Kwang Soo merasakan dirinya masih belum dapat memberikan usaha yang terbaik dalam program terkenal Korea Selatan itu.
 
Menurut Kwang Soo, 35, adakalanya timbul kekesalan dalam dirinya selepas tamat penggambaran.
 
“Dalam apa kerja dan bidang sekali pun saya akan pastijkan diri saya memberikan yang sehabis baik. Saya dapat rasakan sekiranya saya tidak melakukan perkara itu, momen-momen tertentu pasti hilang.

Lee Kwang Soo merupakan antara ahli asal Running Man.


 
“Menjadi seorang yang ikhlas dan memberikan yang terbaik sudah menjadi peraturan kerjaya saya.
 
“Sejujurnya sepanjang 10 tahun bersama Running Man, sudah pasti ada ketikanya saya berasa kecewa dengan diri sendiri. Rasa macam belum berikan yang terbaik.

“Namun bagaimanapun saya tidak pernah langsung terfikir bahawa saya tidak mencuba sehabis baik dalam melakukan sesuatu perkara, sebaliknya cuba bersungguh-sungguh,” katanya dalam satu temu bual bersama majalah Esquire Korea baru-baru ini.

Sumber: Gempak

Baca juga:   “Tak timbul soal tumpang populariti siapa-siapa” - Lagu ala 60-an Baby Shima dan Fairuz Misran dapat sambutan