Home Hiburan Kontroversi Lakukan aksi ‘panas’ dalam drama “Nevertheless”, Song Kang dan Han So Hee...

Lakukan aksi ‘panas’ dalam drama “Nevertheless”, Song Kang dan Han So Hee buat penonton ’single’ tak senang duduk!

PELAKON Korea Selatan, Song Kang dan Han So Hee melalui drama “Nevertheless” yang baru sahaja dilancarkan episod pertama pada 19 Jun lalu mendapat sambutan terbaik dari peminat K-Drama.

Terdahulu, Netflix sudah memaklumkan bahawa akan terdapat adegan seksual, hal dewasa, penggunaan bahasa kasar dan juga beberapa kekerasan yang kurang sesuai bagi penonton bawah umur yang bermakna drama itu akan mendapat rating 19+.

Walaupun baru sahaja episod pertama, lakonan kedua pelakon itu melakukan aksi hangat telah membuatkan ramai penonton tidak senang duduk kerana aksi ‘ghairah’ itu telah menyebabkan ramai yang menginginkan pasangan atau kekasih lebih lagi di waktu pandemik ini.

https://thenews.com.my/wp-content/uploads/2021/06/2회-예고-이거-걸린-사람들끼리-키스하는-거다_-〈알고있지만nevertheless〉-1.mp4

Warganet yang baru menonton, berpendapat aksi itu nampak terlalu realistik sehingga dan turut memuji cara kerjasama profesional Song Kang dan So Hee semasa melakukan adegan tersebut.

Drama ini merupakan arahan pengarah Kim Ga Ran yang diadaptasi dari webtoon romantik Nevertheless, mengisahkan tentang wanita Yoo Na Bi dilakonkan oleh Han So Hee yang tidak percaya cinta tetapi masih tertarik untuk bercinta.

Hmm, kedengaran seperti seseorang yang suka mempermainkan hati orang bukan? Apa pun, baru episod pertama! Memang tak sabar nak tunggu episod seterusnya!

Exit mobile version