Lagu Arab bukan penghalang, Issam Alnajjar lega lirik ‘Raparaparapa’ dapat perhatian dunia

HANYA kerana lirik ‘Raparaparapa’, penyanyi asal Jordan iaitu Issam Alnajjar telah mencipta populariti di seluruh dunia.

Issam Alnajjar yang bakal menginjak usia 18 tahun pada 12 Mei akan datang tidak menyangka lagu ‘Hadal Ahbek’ turut mendapat reaksi positif selepas ianya tular di Tiktok. Lagu yang membawa maksud Aku Akan Terus Mencintaimu telah dicipta pada September tahun lalu dan muzik videonya baru sahaja dilancarkan pada 15 Mac lalu dan mendapat lebih 7 juta tontonan.

Dalam pada itu, lagu itu juga telah diberi nafas baru melalui ‘Turning Me Up’ yang diduetkan bersama penyanyi terkenal Ali Gatie dan Loud Luxury.

Katanya, “antara artis yang menjadi inspirasi saya dalam industri muzik ini adalah Ed Sheeran, Justin Bieber, Shawn Mendes, The Weekend, Lewis Capaldi da Michael Jackson”.

…jika diberi peluang, satu hari nanti saya ingin melakukan kolaborasi bersama penyanyi terkenal Billie Eilish”, tambah Issam yang sangat meminati bidang muzik sejak kecil.

Selepas ‘Hadal Ahbek’, Issam bercakap kepada sidang media secara talian bahawa tahun ini dia bakal meengeluarkan album yang akan memuatkan beberapa buah lagu istimewa untuk peminatnya.

Issam juga menjelaskan menjadi penyanyi adalah salah satu impiannya yang sudah tercapai selain menjadi pemain bola sepak.

Penyanyi muda yang sebelum ini hanya seorang pelajar biasa yang suka meluangkan masa bersama kawan juga berkongsi cerita lucu semasa lagu Hadal Ahbek hangat diperkatakan. Dia ada cuba menyanyikan lagu ini secara langsung kepada strangers yang dihubungi melalui aplikasi Omegle. Setelah mendapat banyak reaksi yang baik, Issam merasa bersyukur dengan penerimaan lagu ini daripada orang ramai.

Untuk rekod, lagu itu mendaki carta teratas lagu-lagu di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Malaysia dan India dan boleh didengari di semua platform digital dan di saluran YouTube Issam Alnajjar.