Lady Gaga dedah diperkosa dan ditinggal di pinggir jalan pada awal kerjaya

ISU yang melibatkan penderaan emosi dan mental sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada mangsa.

Selebriti ikonik, Lady Gaga juga mengaku pernah menjadi salah seorang mangsa kepada penerbit rakaman ketika dia berusia 19 tahun.

Lady Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta, 35, mendedahkan bahawa dirinya pernah diperkosa dan ditinggalkan di tepi jalan ketika hamil. Menurutnya, dia juga mengalami trauma ‘total psychotic break’ pengalaman tersebut selama beberapa tahun.

Di sebuah rancangan dokumentari kesihatan mental The Me You Can’t See, bintang pop dan pemenang Oscar itu menceritakan kisah sedihnya sambil menangis mengenang trauma dan nasibnya di awal karier.

Dalam episod pertama rancangan yang diarah bersama oleh Putera Harry dan Oprah Winfrey, Gaga mengatakan bahawa dia pernah mencederakan dirinya sendiri sejak muda. Selain banyak berjuang dengan masalah kesihatan mental berpunca dari trauma yang dialaminya sebagai seorang pemuzik yang bercita-cita tinggi.

Katanya, “Saya berumur 19 tahun dan pada waktu itu saya bekerja sebagai seorang peniaga. Seorang penerbit menyuruh saya untuk berbogel dan apabila saya menidakkan, mereka mengugut untuk membakar kesemua hasil muzik saya”.

“Mereka tidak berhenti memaksa dan saya hanya terkaku…seterusnya saya tak ingat…”, jelasnya sambil menangis.

Walau bagaimanapun, Gaga tidak akan pernah menyebut nama penerbit yang dimaksudkan.

Beliau yang juga memahami apakah tujuan rancangan dokumentari berkenaan juga menyatakan dirinya tidak selesa untuk melanjutkan kisahnya sehingga ke pengakhiran cerita walaupun ada beberapa orang yang selesa bercerita masalah mereka dengan terbuka.

Gaga juga menambah bahawa, dirinya berada dalam paranoia ultra dan itu juga merupakan faktor mengapa banyak tarikh konsert tour dunia sebelum ini dibatalkan gara-gara trauma dari penderaan seksualnya.

“Saya tidak dapat merasa badan saya sendiri selepas dirogol dan ianya sangat sakit. Ia berlanjutan selama beberapa minggu dan dia menurunkan saya di tepi jalan rumah ibu bapa saya saya hamil kerana saya muntah dan sakit”.

Tambahnya, dia juga telah didera, dan dikurung di studio selama berbulan-bulan.

Walaupun sudah pulih selepas 2 tahun setengah, trauma tersebut akan hadir kembali dan Gaga akan merasa sakit secara fizikal dan mental.

Sumber: Independent