“Semua unfollow PU Riz”- Peminat mula buat spekulasi hubungan Neelofa, PU Riz

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja laman Twitter menjadi perdebatan netizen yang mula membuat spekulasi mengenai hubungan usahawan selebriti terkenal Neelofa dan PU Riz.

Ini selepas adik-beradik selebriti itu memuatnaik perkongsian yang sama di laman Insta-story mereka.

Menerusi beberapa posting, ketiga-tiga adik beradik selebriti terkenal itu iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan berkongsi beberapa kenyataan yang seakan merujuk kepada sikap sebenar seseorang selain turut berkongsi doa yang meminta perlindungan daripada perkara-perkara yang buruk.

Persoalan yang timbul dikalangan pengguna Twitter.

“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami)” kongsi ketiga-tiga mereka di Insta Story sebentar tadi

Perkongsian adik-beradik Neelofa di Instagram.

Selain itu, terdapat dakwaan daripada netizen yang mengatakan bahawa mereka tidak lagi mengikuti pendakwah bebas yang juga pelakon itu di Instagram.

Malah foto bersama Neelofa dan PU Riz di laman Instagram sudah tidak lagi kelihatan termasuklah foto ketika acara merisik Neelofa pada awal November lalu.

Perkongsian adik-beradik Neelofa cetus tanda tanya.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama peminat turut mendoakan yang terbaik buat hubungan Neelofa dan PU Riz.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail telah mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020 tidak lama selepas pemilik jenama Naelofar itu mengumumkan dirinya sudah berpurdah sepenuhnya.

Sumber: murai