Pelakon jadi mangsa penipuan tender, seorang lelaki didakwa di mahkamah

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan kerugian terhadap pelakon, Datuk Mohd Fairus Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz.

Tertuduh, Khairul Khuzaini Zamsani, 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan penipuan terhadap Fizz Fairuz dengan menawarkan projek pembersihan DBKL bernilai RM1.8 juta.

Perkara itu juga telah mendorong mangsa untuk membayar RM18,100 bagi mendapatkan tawaran tender itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan, serta denda.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 selain tarikh perbicaraan semula kes ditetapkan pada 28 September.

Sebelum ini, beberapa media telah melaporkan artis berkenaan menjadi mangsa penipuan tender apabila kerugian berjumlah RM18,000.