“Nak ambil ‘barang’ jangan ajak orang lain sampai terbunuh…” – Kenyataan Anji jadi sorotan warganet

PENYANYI Indonesia, Erdian Aji Prihartanto atau lebih dikenali sebagai Anji mengejutkan ramai pihak apabila ditangkap pihak polis kerana dadah. Dalam pada masa sama, satu kenyataannya pada tahun 2013 pula kembali menjadi bualan warganet.

Melalui ciapannya di Twitter pada 23 Mac 2013, Anji pernah menyatakan lebih baik mengambil dadah secara seorang diri tanpa perlu mengajak orang kerana tidak mahu mempengaruhi individu lain.

“Aku rasa lebih baik kalau nak ambil dadah tu ambil sendiri dan kita rugi pun sendiri. Daripada kita nak buat sesuatu (yang tidak bermanfaat) sehingga menyebabkan orang lain terbunuh”, kata Anji.

Terbaru, Anji ditangkap pihak polis kerana penyalahgunaan dadah jenis ganja pada 11 Jun.

Bekas vokalis Drive itu ditangkap oleh Satuan Narkoba Polres Metro Jakarta Barat seorang diri.

Anji kini dibawah pemerhatian pihak polis dan kini masih menjalan intensif berikutan kes ini.