Home Hiburan Kontroversi Mahkamah benar Aryan diikat jamin, Shah Rukh Khan gugur air mata

Mahkamah benar Aryan diikat jamin, Shah Rukh Khan gugur air mata

PENANTIAN yang mendebarkan, akhirnya selebriti Bollywood, Shah Rukh Khan mampu menarik nafas lega apabila anaknya Aryan Khan dibenarkan untuk diikat jamin oleh Mahkamah India semalam.

Aryan Khan, 23 tahun sebelum ini ditahan Biro Kawalan Narkotik (NCB) di Mumbai pada awal bulan ini selepas didapati terlibat jenayah dadah.

Tidak dapat menahan sebak, aktor popular, Bollywood akhirnya menitiskan air mata kegembiraan selepas 25 hari anak sulungnya ditahan agensi narkotik India selepas didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Kes Aryan Khan mencetuskan pelbagai kontroversi apabila wujudnya dakwaan manipulasi saksi, bukti palsu serta tuduhan cuba memeras berjuta dolar sebagai tebusan daripada bintang filem itu.

Penangkapan Aryan Khan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa berikutan tercetus dakwaan manipulasi saksi, bukti palsu serta tuduhan cuba memeras berjuta dolar sebagai tebusan daripada superstar Bollywood itu.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan, tiada sebarang dadah yang ditemui bersama Aryan pada ketika itu.

Sementara itu, peguam kanan yang dilantik Shah Rukh Khan menyatakan kesediaannya untuk membantu pasukan guaman yang mengendalikan kes anaknya itu.

Exit mobile version