Lokasi sebenar hampir ditemui, netizen buat perbandingan gambar suasana Sajat bercuti

USAHAWAN kontroversi, Nur Sajat sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi beberapa gambar seksi di sebuah lokasi berpantai melalui Instagram.

Pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau mesra dipanggil Sajat, mengenakan baju mandi dan kasual sehingga membuatkan ramai orang tertanya dimana keberadaannya.

Terdapat beberapa individu yang cuba merungkai lokasi suasana dalam gambar berkenaan dan ada yang mendakwa mereka berjaya membongkar lokasi Sajat sebagaimana yang dikongsi dengan membandingkan gambar yang dikongsi.

Terdahulu, Sajat dilaporkan bersembunyi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan kes tanpa sebab pada 23 Februari lalu.