Home Hiburan Kumpulan Kpop NCT U buat hal, keluarkan ’merchandise’ menyerupai masjid & Kaabah

Kumpulan Kpop NCT U buat hal, keluarkan ’merchandise’ menyerupai masjid & Kaabah

TANDA pagar #SMStopDisrespectingIslam menjadi tular di laman Twitter dipercayai selepas agensi berkenaan mengeluarkan produk dagang yang didakwa menyerupai masjid dan Kaabah.

Melalui laporan Koreaboo, peminat menganggap produk untuk pemasaran kumpulan NCT U itu bersifat mengambil guna budaya (cultural appropiation) Islam.

Antara isu yang dibangkitkan ialah persamaan produk pin dan hiasan pop-up yang menyerupai Masjidil Haram dan Kaabah.

Antara merchandise yang dihasilkan.

Susulan itu, warga maya dan para peminat membawa isu itu ke laman Twitter untuk mendesak agensi berkenaan membuat permohonan maaf.

“Islam bukan gurauan, kenapa kamu tidak menghormati Islam? Kami mahukan permohonan maaf NCTsmtown,” tulis netizen.

Sebelum ini, kumpulan itu pernah mendapat kecaman selepas sesi persembahan yang menjadikan imej makam Imam Hussein sebagai latar belakang mereka ketika program Inkigayo.

Sumber: siakapkeli

Exit mobile version