Ibu Neelofa bakal dipanggil, dakwaan hina Sultan Johor

POLIS Selangor bakal memanggil ibu neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed melibatkan siasatan kes tangkap layer (screenshot) yang didakwa menghina Sultan Johor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sebelum ini siasatan tersebut berada di bawah pihak Polis Kuala Lumpur.

“Jika perlu, kita akan panggil semula wanita berkenaan untuk melengkapkan siasatan.

“Saya dimaklumkan wanita itu membuat laporan polis di Kuala Lumpur dan percakapannya sudah direkod oleh polis di kontinjen berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, insiden yang berbaur hinaan kepada institusi diraja menggunakan akaun Instagram milik ibu neelofa itu mengundang kecaman netizen

Bagaimanapun, posting tersebut difahamkan telah dipadam selain mendakwa berlaku kecuaian dari pihak pekerjanya dengan memuat naik kenyataan tersebut menggunakan akaun peribadi Instagram milik ibu neelofa.

Ini termasuk kenyataan permohonan maaf yang telah dibuat menerusi akaun tersebut.