Home Hiburan Sensasi Kim Jong Kook kini raih 1 juta subscribers hanya selepas seminggu buka...

Kim Jong Kook kini raih 1 juta subscribers hanya selepas seminggu buka akaun Youtube!

SELEBRITI terkenal Korea Selatan, Kim Jong Kook baru sahaja memulakan aktiviti berkongsi aktiviti harian di Youtube Gym Jong Kook seminggu lalu.

Walaupun baru sahaja berkongsi dua video melalui saluran tersebut, personaliti Running Man itu telah mendapat banyak perhatian.

Terdahulu, baru sahaja dalam masa sehari dia membuka Youtube tersebut, dia telah mendapat perhargaan “Silver Button” dengan hanya satu video.

Terbaru, pada 21 Jun lalu Kim Jong Kook telah memperoleh lebih dari 1 juta subscribers dan sekaligus mendapat perhargaan “Gold Play Button” dari Youtube.

Sebelum ini, video pertama yang dikongsi oleh Jong Kook memaparkan aktiviti senaman di Gym dengan hashtag “Youtube,” “Gym Jong Kook,” dan “D-1.”

Rata-rata peminatnya menggemari video Jong Kook, kerana dengan itu mereka lebih tahu mengenai aktiviti terkini artis kegemaran selain tahu apakah senaman yang sering dilakukan oleh selebriti yang berbadan kuat itu.

Exit mobile version