Kena kecam lancar lagu sendiri, netizen minta Suekhaizhar fokus pada Tiktok sahaja

BAGI pengguna Tiktok, sudah pasti ramai yang mengenali Suekhaizhar. Gadis yang lebih senang dipanggil Sue, sudah mempunyai lebih sejuta pengikut kerana selalu berkongsi aksinya yang comel dan sentiasa tersenyum ketika merakam video.

Terbaru, Sue telah melancarkan single pertama bertajuk ‘Aku Budak Girl’ di bawah terbitan Zym Music.

Walaupun baru melancarkan muzik video lirik, lagu tersebut telah mendapat lebih dari 1.2 juta tontonan.

Namun, ramai pihak di ruangan komen yang menasihati gadis ini supaya melupakan hasrat untuk menjadi penyanyi.

Di TikToknya pula, ada yang mahu Sue untuk fokus kepada video di TikTok sahaja.

Lagu nyanyian Suekhaizhar kini menduduki carta trending di Youtube.

Selain feedback yang tidak menyenangkan, nyanyian gadis ini mendapat lebih banyak dislike daripada like.

Rata-rata menyatakan pendapat industri muzik Malaysia perlu mementingkan bakat daripada populariti semata-mata.