Home Hiburan Kamal Adli melutut Lamar Uqasha Senrose di pentas AME 2020!

Kamal Adli melutut Lamar Uqasha Senrose di pentas AME 2020!

PELAKON Kamal Adli menggamatkan pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) apabila membuat kejutan dengan melamar pelakon Uqasha Senrose sebentar tadi.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal bin Ahmad Adli, 34, melafazkan kata lamaran sambil menyampaikan sebentuk cincin berlian dan berlutut di hadapan aktres tersebut sambil disaksikan penonton menerusi siaran langsung tersebut yang disiarkan di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?

“Awak ni sedang promote drama baharu kita ke?” tanya Uqasha yang nyata terkejut dengan lamaran tersebut.

Kamal kemudian mengulang semula soalannya sebelum Uqasha, 28, menjawab ‘yes’ sambil disambut sorakan penonton.

Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.

Sebelum ini, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang secara tidak sengaja ‘pecah tembelang’ bahawa pasangan ini mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika penggambaran drama berkenaan.

Sumber: mstar

Exit mobile version