Ibu Lee Kwang Soo beri sokongan pada hari rakaman terakhir Running Man

TERBARU, rancangan televisyen popular Running Man (RM) berkongsi bahawa 24 Mei lalu merupakan hari terakhir Lee Kwang Soo menjalani rakaman.

Pihak produksi rancangan RM tersebut juga mendedahkan bahawa anggota pengganti masih belum dibincangkan dan acara tersebut akan berjalan tanpa perubahan jumlah ahli buat masa ini.

Sebelum ini, pada 27 April agensi Lee Kwang Soo mengumumkan bahwa dia akan mengundurkan diri dari “Running Man” untuk fokus menjaga kesihatan fizikal dan mentalnya akibat cedera akibat kemalangan tahun lalu.

SBS juga telah mengeluarkan pernyataan bahawa dengan kepergian Kwang Soo itu mereka berharap peminat rancangan berkenaan akan sentiasa menyokong mereka dan juga kepada Lee Kwang Soo walaupun ia merupakan keputusan yang sukar dibuat.

Bagi meraikan kerja keras Lee Kwang Soo selama rancangan tersebut, ibu kepada pelakon dan pelawak berkenaan telah menghantar sokongan melalui belon yang ditempah untuk anak kesayangannya.

“Kerja hebat! wahai anakku!”, itu adalah teks yang ditulis pada belon pertama dan bagi belon kedua, “Terima kasih kerana bersama kami selama 11 tahun. Kami juga bersorak untuk kehidupan anda di masa hadapan”.

Syarikat produksi juga turut meluahkan rasa terharu kerana mereka merasakan kehangatan seorang ibu melalui sokongan tersebut.

Untuk rekod, Lee Kwang Soo telah membintangi “Running Man” selama 11 tahun sejak tahun 2010.