Ibu Ella meninggal dunia kerana sakit tua

IBU Ratu Rock Negara, Ella, Yang Asmah Long, 92, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Telok Gadong, Klang, awal pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Berita hiba itu dikongsikan Ella atau nama sebenar, Norzila Aminuddin, melalui sebuah entri di laman sosial.

Perkongsian Ella di Instagram.

“Salam dan sejahtera. Buat makluman, mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Long yang pulang menemui penciptaNya sekitar jam 2.30 pagi tadi.

“Moga Allah ampuni, rahmati, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kubur, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah

“Kami mohon moga Allah kurnia inayah dan rahmat. Takziah buat ahli keluarga Puan Ella atas pemergian bonda yang dikasihi,” katanya.

Peminat Ella turut ucapkan takziah dan mendoakan agar mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan itu.