Home Hiburan Film Tiga sekawan bikin kekecohan orang kampung larikan diri kerana nak “Masuk Jawi”

Tiga sekawan bikin kekecohan orang kampung larikan diri kerana nak “Masuk Jawi”

WALAUPUN filem tempatan bergenre kanak-kanak agak kurang dihasilkan kebelakangan ini, ia bukanlah menjadi batu penghalang buat Wandet Film Production untuk menghasilkan sebuah filem baru.

Terbaru, “Masuk Jawi” mengangkat kisah yang mungkin akan mengimbau kembali zaman kanak-kanak setiap orang bila tiba musim berkhatan (bersunat).

Idea ini terinspirasi apabila penerbit Wan Mahadzer Wan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Wandet ingin menghasilkan sesuatu yang boleh mengembalikan nostalgia sebagai kanak-kanak di Malaysia.

Katanya, “Memang tidak banyak drama atau filem yang memaparkan kisah nostalgia yang cukup dekat dengan hati penonton”.

“Apatah lagi, proses berkhatan ini akan dilalui oleh semua kanak-kanak terutamanya lelaki dengan pelbagai ragam dan kami rasa ia satu kisah yang menarik untuk dipaparkan”, ujarnya lagi.

Dalam filem berkenaan juga memaparkan majlis dan cara berkhatan mengikut adat tradisi lama yang dikenali sebagai ‘Masuk Jawi’.

Pelbagai helah dilakukan oleh tiga sekawan semata-mata ingin mengelakkan diri daripada berkhatan sehingga menyebabkan kekecohan dalam kalangan penduduk kampung. 

Filem tersebut akan memeriahkan pawagam rumah bermula 17 Jun dan dibintangi oleh Zainol Ismail, Fendi Seman, Zul Ghani, Amirul Rahman, Muhammad Daffie, Muhammad Haziman, Cik Hawa Fasha, Fiesha Sha, Nur Hanim, Anne Adorra, S. Azali dan Ropie.

Exit mobile version