Panggung RTM: Drama Sains Fiksyen Lakonan Nadia Brian, “Benua” di TV1

1141

Drama Melayu dengan genre sains fiksyen jarang sekali menjadi pilihan untuk dipertontonkan kepada masyarakat kita. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) terpanggil untuk mengetengahkan tema sebegitu bagi memberikan nafas baharu dan menarik perhatian tontonan ramai terutama golongan remaja yang lebih terarah kepada genre yang begitu.

Mengakui drama ini mengambil inspirasi daripada penciptaan alat atau teknologi baharu untuk masa depan, kesan dan akibat kepada bumi serta manusia, pertaruhan pengarah, Roshfaizal Arifin

meletakkan pelakon Zaidi Rostam, Alif Hadi, Ayez Shaufkat dan Nadia Brian dalam drama diberi tajuk “Benua” ini pastinya menjanjikan sesuatu kepada penonton.

Plot drama yang disampaikan menggunakan teknik “kembali ke masa hadapan” (back to future) ini cukup ringkas tentang seorang askar tentera bersekutu dari tahun 2070 telah dihantar ke bumi pada tahun 2020 untuk memusnahkan BENUA. Projek BENUA bermaksud Base Electronic Network Unifying Algorithmn, dihasilkan bagi mengatasi masalah pembaziran sumber akibat pengurusan yang tidak cekap yang berlaku di bumi. BENUA menjadi rebutan kerana dapat menjana pendapatan namun hakikatnya ia membawa kesan negatif kepada dunia akan datang.

Baca juga:   “Buat itu salah, buat ini salah. Tak boleh tengok orang lebih sikit” - Syahmi Syazli tepis kritikan, kaut RM 2.56 juta dalam empat hari

Kisah berlaku pada tahun 2070 dimana bumi telah musnah kerana kehabisan sumber alam semula jadi seperti air, tumbuhan dan binatang akibat projek BENUA yang dibangunkan bagi mengelak pembaziran. Menggunakan teknik kembali ke masa hadapan, OMMA seorang askar Tentera Bersekutu dari tahun 2070, telah dihantar kebumi pada tahun 2020 bagi memusnahkan BENUA.

BENUA adalah sebuah mesin yang direka oleh seorang pelajar bernama EDAN bagi menguruskan pembaziran sumber yang berlaku dibumi terutama oleh manusia. SOFEA jatuh hati pada EDAN kerana keihklasan dan kebijaksanaan pemuda itu dan bergabung melaksanakan BENUA.

Dato Ahmad seorang jutawan robotik juga berminat mendapatkan BENUA untuk tujuan komersil. Beliau telah mengajak EDAN bekerja dengannya dan membayar gaji yang lumayan. Walaubagaimana pun setelah sedar akan kebaikan SOFEA, EDAN kembali semula bekerja dengan SOFEA.

Dalam pergelutan mendapatkan BENUA, Dato Ahmad secara tidak sengaja telah membunuh EDAN. SOFEA meneruskan projek BENUA dari tahun 2050 sehingga tahun 2070. Akibat terus menggunakan BENUA, sumber dibumi makin pupus. Dato Ahmad dari tentera bersekutu yang sedar akan kesilapannya telah menangkap SOFEA dan BENUA untuk dimusnahkan. Namun adakah usahanya itu berjaya? Ikuti siaran drama ini pada 1 Februari ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1.

Baca juga:   Misi Pasukan Penyelamat Dalam Siri Inggeris “9-1-1” di TV2

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.