Bakal Tampil Dalam Filem Zombi, Shaheizy Sam Luah Rasa Teruja

Sudah sebati dengan filem-filem bercorak aksi, kali ini pelakon Shaheizy Sam tampil membuat kelainan dengan sebuah filem bertemakan zombi iaitu Zombitopia.

Poster filem #Zombitopia, di pawagam mulai 13 Feb 2020, rekaan KukuBesi.

Bagi Sam, filem berkenaan agak berbeza dengan filem zombi yang sedia ada apabila lebih menjurus kepada naskhah yang lebih serius berbanding dengan bersifat komedi.

Shaheizy Sam

“Selalunya kita boleh lihat kalau filem zombi di Malaysia, biasa akan lebih ke arah komedi, tetapi Zombitopia tampil dengan genre berbeza.

“Saya tertarik membintangi filem ini kerana nak rasai sendiri pengalaman bagaimana sekiranya dunia ini memang wujud zombie,” ujarnya.

Selain itu, Sam memberitahu barisan pelakon juga membuatkan dirinya cukup bersemangat kerana digandingkan dengan pelakon-pelakon hebat.

Selain Sam, filem arahan MJ Woo ini turut dibintangi Bront Palarae, Datin Elvina Mohamad, Sharifah Amani dan Azman Hassan.

Shaheizy Sam & Sharifah Amani

Pernah berlakon di bawah arahan MJ Woo sebelum ini, pelakon berkenaan menyatakan dia tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang penggambaran.

“Saya yakin bahawa MJ Woo dapat menghasilkan sebuah filem yang bagus dan berkualiti berdasarkan filem-filem arahannya sebelum ini.

“Saya boleh katakan bahawa Zombitopia sebuah nakshah yang mampu memberikan hiburan dan kepuasan kepada penonton. Biarpun ia filem fiksyen, tetapi saya percaya penonton akan dapat merasai bagaimana berada dalam dunia yang penuh dengan zombi,” ujarnya.

Dalam filem Zombitopia, Sam membawakan watak sebagai Zidik, seorang pemuda yang dibesarkan di rumah anak yatim setelah ibu bapanya dibunuh zombie.

Menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Zombitopia terbitan Greenlight Pictures dan Lomo Pictures bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 13 Februari ini.

Most Popular

Faizal Azumu bakal jadi TPM?

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan seolah-olah bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi...

Tiada lagi kes baru, gangguan ketukan pintu misteri berakhir

Selepas 18 hari menghantui penduduk di daerah ini, misteri gangguan ketukan pintu rumah pada waktu malam berakhir apabila tiada lagi kes terbaharu dilaporkan berlaku. Ketua...

Bertabahla warga Selangor, PKPB dilanjut sehingga 20 Disember

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur dan Selangor yang dijadualkan tamat pada Ahad, dilanjutkan 14 hari lagi, sehingga 20 Disember ini. Menteri Kanan...

Faizal Azumu kini Menteri Besar Perak sementara

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan beliau kini kekal menjadi Menteri Besar Perak namun ia dibawah kerajaan sementara sehingga rombakan baru...