Fara Mendoza nafi hidup mewah kerana kerja haram & aktiviti ‘call girl’

SELEBRITI kontroversi Fara Mendoza naik bingung apabila sehingga kini netizen masih menganggap dia hidup dalam keadaan mewah disebabkan hasil kegiatan haram.

Fara atau nama sebenarnya Norfaralinah Md Yunus sebaliknya menjelaskan setiap kemewahan yang ditonjolkan di Instagram itu semuanya daripada hasil keringat dan titik peluhnya sendiri.

“Masih sampai sekarang semua tuduh Fara makan duit haram.
“Saya nak tegaskan di sini dari dulu sampai sekarang semua itu adalah hasil titik peluh saya sendiri.

Fara Mendoza nafi jadi ‘wanita belaan’.

“Usaha bersengkang mata dengan keja yang halal dan paling penting bukan wanita belaan or wanita jagaan or buat call girl Awas eh, tak pernah,” katanya.

Jelas Fara lagi, dia juga bukan sejenis yang mudah dekat dengan seorang lelaki biarpun sering berpakaian seksi.

“Walaupun  berimej seksi, saya memang jenis susah didekati lelaki.

“Ada nampak saya berpoya dengan lelaki? Bertukar-tukar lelaki atau parti dengan lelaki? Tak ada,” katanya kepada Gempak.

Fara Mendoza dilihat sering berkongsi gaya hidup serba mewah di laman sosial.

Untuk rekod, Fara, 30, sebelum ini turut terpalit dengan isu berkaitan aktiviti pelacuran kelas atasan, VVIP.

Isu tersebut mula timbul apabila sebuah akhbar tempatan mendedahkan terdapatnya sindiket pelacuran dalam kalangan selebriti yang mampu meraih pendapatan lumayan.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mendapati kegiatan tersebut merupakan sebahagian daripada hasil siasatan susulan kegiatan Macau Scam yang juga mengaitkan beberapa artis lain.

Antara yang menjadi mangsa tuduhan tersebut termasuklah selebriti Scha Elinnea.

Sumber: Gempak