Home Hiburan Ezad Lazim luah hasrat miliki kaca mata vokalis kumpulan Radja, namun tak...

Ezad Lazim luah hasrat miliki kaca mata vokalis kumpulan Radja, namun tak sangka dapat komen balas begini!

PENYANYI Ezad Lazim mendedahkan hasratnya untuk memiliki koleksi kaca mata yang ingin dilelong oleh vokalis kumpulan Radja iaitu Ian Kasela.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim, melalui satu posting di Instagram juga menjelaskan dia sudah lama meminati gaya penampilan Ian mahu menjadikan kata mata milik penyanyi yang terkenal dengan lagu Benci Bilang Cinta itu sebagai koleksi peribadi.

“Saya antara salah seorang peminat karya seni dan fesyen anda (Ian Kasela), jadi saya teringin dan mahu membeli serta memiliki cermin mata Ian yang cantik-cantik itu sebagai koleksi peribadi.

“Bagaimana cara untuk membeli koleksi anda? Tolong beri cara untuk saya hubungi anda ya,” tulis Ezad di Instagram.

Ezad luah hasrat memiliki koleksi kaca mata Ian di Instagram

Melalui pemerhatian The News Malaysia, hasrat Ezad turut mendapat respons positif Ian apabila membalas permintaannya di ruangan komen video tersebut.

Ian atau nama sebenarnya Iandika Mulya Ramadhan, 44, juga sempat mendedahkan minatnya terhadap lagu-lagu kumpulan Exist nyanyian Ezad.

Komen balas Ian di Instagram milik Ezad.

“Wah kamu serius mahu membeli kaca mata saya? Mari kita berbual melalui DM(mesej terus)

“Terima kasih atas keprihatinan anda, saya juga sebenarnya gemar lagu-lagu nyanyian anda bersama kumpulan Exist.

Ian turut mendedahkan minatnya terhadap lagu-lagu nyanyian Ezad.

“Moga anda sihat sentiasa,” balas Ian.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Ian berhasrat untuk melelong koleksi kaca mata ikonik yang pernah digunakan untuk setiap persembahannya bersama kumpulan Radja pada Jumaat.

Perkongsian Ian pada Jumaat tarik perhatian ramai tentang keadaan ekonomi kehidupannya.

Desas-desus juga mendakwa Ian terpaksa melepaskan koleksi kesayangannya itu kerana kesempitan hidup dek terkesan dengan pandemik Covid-19 yang dihadapi.

Bagaimanapun sumber terdekat The News Malaysia menjelaskan Ian sekadar mahu melepaskan koleksi peribadi tersebut kerana sudah tidak mempunyai ruang simpanan dan sudah tidak lagi digunakan.

Ian juga menafikan kehidupannya semakin daif seperti yang ditularkan beberapa portal di Indonesia.

Exit mobile version