Cik B akui selesa untuk bersolek kini, tetapi tidak mahu pakai pakaian “seksa”

Bakal mewarisi empayar perniagaan ibunya Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin mengakui dia kini selesa untuk bersolek.

Jelas Cik B dia juga kini tahu akan kepentingan untuk bersolek malah turut belajar menyolek dirinya sendiri.

“Saya memang selesa untuk bersolek kini malah tidak boleh kalau tidak bersolek kalau keluar. Saya juga menyolek sendiri sahaja.

“Namun tidak dinafikan kalau tidak bersolek itu sebenarnya lebih mudah selain cepat sedikit tak perlu buang masa untuk pakai dan buang makeup pula,” katanya.

Sementara itu bercakap soal pakaian kata Cik B buat masa ini dia memilih untuk memakai pakaian yang selesa. Tambahnya dia tidak kisah jika tidak nampak feminin asalkan tidak “seksa” untuk dirinya untuk mengenakan pakaian tersebut.

“Saya pilih pakaian yang selesa untuk saya. Buat masa ini memang pakaian begini sahaja yang buatkan saya lebih yakin.

“Saya tidak mahu pakai pakaian yang seksa, sebab saya tahu akhirnya saya sendiri yang tidak selesa,” katanya lagi.