Buat hal… Nia Ramadhani tak kenal tempe?

SELEBRITI Indonesia, Nia Ramadhani sebelum ini pernah mengejutkan orang ramai kerana tidak tahu menggoreng telur, tidak tahu kupas buah salak dan beberapa perkara yang melibatkan hal asas dalam kehidupan.

Kali ini, sekali lagi dia mengejutkan netizen kerana tidak mengenali makanan yang mungkin tidak asing lagi dari tanah jawa iaitu tempe.

Hal itu terbongkar apabila dalam rancangan disiarkan oleh Trans TV berjudul Nyonya Boss ketika pelakon Bawang Putih Bawang Merah itu sedang membeli makanan kudapan di gerai tepi jalan.

Nia Ramadhani, 31, terlihat sedang memesan beberapa makanan sambil memberitahu penjual jumlah yang ingin dibeli sambil menunjukkan makanan diduga merupakan tempe goreng.

“Berapa tempenya kak?,” ujar si penjual.

Walau bagaimanapun, Nia Ramadhani justeru menunjukkan ekspresi kebingungan dan kembali bertanya pada penjual makanan dengan nada bimbang.

“Tempe?,” katanya dan mendekati rakannya yang sedang merakam aktivitinya itu.

Dalam pada itu, rakan produksi yang bersama dengannya lantas ketawa dan bertanya untuk mendapatkan kepastian adakah benar dia tidak mengenali ‘tempe’.

Masih dalam keadaan bingung, pelakon itu menunjukkan kembali deretan makanan yang dipesan kepada rakannya.

Melihat gelagat Nia Ramadhani, penjual kudapan tersebut juga turut ketawa. Namun, video tersebut mengundang pelbagai reaksi dari netizen.

Ada di antara mereka yang bersangka baik dan dalam masa yang sama ada juga yang hairan sama ada hal itu dibuat-buat oleh Nia ataupun sebaliknya.

Sumber: Trans TV