BTS Muster 2021 Sowoozoo! konsert istimewa rai ulang tahun ke-8 bersama ARMY!

KUMPULAN K-Pop sensasi, BTS baru sahaja melancarkan jadual acara BTS FESTA 2021 di akaun rasmi media sosial mereka iaitu Weverse dan Twitter.

Untuk pengetahuan, BTS FESTA adalah acara tahunan BTS dan ARMY (peminat BTS) bagi meraikan ulang tahun ke-8 sejak mereka aktif dalam industri pada 13 Jun 2013.

Sejak 2 Jun, acara pembukaan BTS FESTA 2021 telah dilakukan yang mana sama seperti sebelum ini, BTS akan memuatnaik pelbagai gambar istimewa, lagu baru, muzik video bonus khas untuk ARMY bagi menghitung hari ulang tahun yang dinantikan

Terbaru, lagu terbaru BTS Butter yang meraih lebih 290 juta tontonan telah memenangi carta nombor 1 di Billboard Hot 100 dan ini membuatkan ramai pihak mengucapkan tahniah di atas kejayaan tersebut kepada kesungguhan ARMY yang sentiasa memberi sokongan pada lagu tersebut.

Dalam pada itu, BTS juga bakal mengadakan konsert atas talian “BTS Muster 2021 Sowoozoo” sempena ulang tahun ke-8 mereka bersama peminat pada 13 Jun dan 14 Jun ini. Konsert pada hari pertama akan disiarkan pada 13 Jun, pukul 5:30 petang waktu tempatan dan hari kedua yang disebut ‘World Version’ pula akan diadakan pada 14 Jun, pukul 5:30 petang waktu tempatan

Wah! Mesti ramai ARMY dah beli tiket dan tak sabar nak layan konsert kan!