Britney Spears akhirnya tayang gambar anak-anak lelaki, dapat lebih 1.4 juta likes!

BINTANG pop sensasi dunia, Britney Spears buat julung kalinya berkongsi gambar terbaharu kedua-dua anak lelakinya, Sean 15 dan Jayden 14 menerusi laman Instagram.

Kedua-duanya merupakan anak daripada hasil perkahwinan dengan bekas suaminya Kevin Federline yang bercerai 15 tahun lalu.

Britney, 39, turut akui sangat berbangga dengan prestasi anak-anak lelakinya dan tidak menyangka mereka sudah membesar.

Perkongsian Britney dapat lebih 1.4 juta tanda suka.

Malah menyifatkan kedua-duanya mereka memiliki personaliti yang sangat baik serta merendah diri meskipun mereka tahu ibunya seorang bintang terkenal

Ketika zaman kegemilangan Britney, Forbes melaporkan beliau merupakan penyanyi paling mahal menerima bayaran ketika tahun 2002 dan 2012.