BLACKPINK lancar “4+1 Project” sambut ulang tahun ke-5 bersama BLINK!

KUMPULAN K-Pop sensasi, BLACKPINK mengumumkan projek ulang tahun ke-5 iaitu BLACKPINK THE MOVIE yang akan dilancarkan pada 8 Ogos ini bersamaan tarikh debut mereka.

Difahamkan, projek ini akan ditayangkan di Korea Selatan termasuklah 100 negara lain di seluruh dunia, dimana yang pasti ini merupakan hadiah istimewa buat peminat mereka, BLINK.

Filem ini akan merangkumi pelbagai segmen iaitu kenangan, kecantikan, temubual yang belum dilancarkan dan sebagainya. Di setiap segmen itu mereka akan berkongsi mengenai kenangan sepanjang lima tahun dalam industri, personaliti setiap anggota, dan juga beberapa temubual yang belum pernah diterbitkan di mana-mana medium media massa.

Di samping itu, lima lagu dari konsert mereka menjelajah “THE SHOW” dan “IN YOUR AREA” akan diedit semula dan disertakan ke dalam filem.

Dalam pada itu, di Korea Selatan penayangan secara CGV akan diberikan khas untuk BLINK. Dimana mereka akan dapat menonton filem tersebut seperti dikelilingi oleh tiga dinding skrin di depan, di kiri, dan di sebelah kanan, untuk pengalaman yang mendalam.

Kemudian perancangan untuk menggabungkan teknologi 4DX sehingga peminat dapat merasakan gema dan katarsis yang unik sama persis seperti konsert juga mungkin akan dilancarkan.

Menurut YG Entertainment, BLACKPINK THE MOVIE ini merupakan salah satu projek yang dilancarkan dari “BLACKPINK 4 + 1 PROJECT” dan akan ada kejutan lain yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

Wah! Memang terbaik BLACKPINK!