Black Selamat Jalani Pembedahan Buang Ketulan Bawah Perut

PENYANYI Black Hanifah memaklumkan yang dia telah selamat menjalani pembedahan membuang ketulan yang terdapat di bawah perutnya di sebuah hospital swasta baru-baru ini.

Memetik laporan Xtra, Black menjelaskan yang pembedahan minor itu hanya berlangsung selama satu jam sahaja dan tidak melibatkan perkara yang serius.

Perkara itu dikongsi Black atau nama penuhnya, Hanifah Md Hanafiah menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah.. selesai minor operation selama satu jam.. Terima kasih semua, tulisnya.

Isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira turut menemani beliau sepanjang pembedahan di pusat perubatan terbabit.

Dalam perkongsian lain pula, Black memberitahu dia sudah dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Black segera sembuh serta segala urusan beliau dipermudahkan.

Gambar & Sumber : Xtra