Bella Dally dapat komen balas ‘Pocket Rocketman’, berkobar-kobar nak berbasikal di velodrom

PELAKON Bella Dally akui memasang impian untuk menjadi atlit berbasikal dan menyertai perlumbaan di velodrom seperti atlit negara Azizulhasni Awang.

Ini selepas Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkunjung ke Velodrom Kebangsaan Malaysia yang terletak di Nilai , Negeri Sembilan membuatkan semangatnya berkobar-kobar.

Umum mengetahui, Bella aktif berbasikal bersama rakan-rakan dan menjadi aktiviti kesukaannya.

Dia kongsikan keinginannya itu menerusi entri Instagram miliknya.

Komen balas daripada Azizul Hasni Awang yang diterima Bella.

“I had the opportunity to visit a velodrome (cycle-racing track). I’ve always wanted to learn more about it, it gave me excitement and chills at the same time. 

“It’s very steep! Like kalau jatuh ni mmg sakiiiiit and confirm akan tergolek2. 

“But I also feel like I want to try one day kalau ada chance What do you think? Should I?.” tambahnya.

Dalam pada itu, kapsyen yang dimuat naik Bella di Instagram mendapat respon daripada Azizul Hasni Awang.

Azizul berkata Bella wajar mencubanya untuk merasai pengalaman yang berbeza.

Rata-rata netizen turut memberi komen positif mengenai keinginan Bella yang ingin menyertai perlumbaan di velodrom.