“Bayangkan ayah hang Zayn Malik, Mak hang Gigi Hadid. Hang ‘champion’ dunia!” – Peminat teruja kelahiran anak sulung Zayn, Gigi.

1669

CUBA bayangkan apabila lahir sahaja di dunia, ibu dan ayah anda merupakan penyanyi serta model terkenal dunia!

Itu antara cicipan di laman twitter yang menarik perhatian apabila penyanyi Zayn Malik mengumumkan kelahiran anak perempuannya hasil hubungan dengan model terkenal, Gigi Hadid.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Pillowtalk ini berkongsi khabar gembira tersebut melalui akaun Instagramnya pada Khamis.

Perkongsian Zayn Malik di Instagramnya.



“Anak perempuan kami sihat dan cantik. Tak terungkap dengan kata-kata perasaan saya ketika ini.

“Saya bersyukur dan bangga menjadi bapa kepadanya.

“Syukur juga atas kehidupan yang akan kami kecap bersama-sama,” tulis Zayn.

Cicipan pengguna Twitter yang menarik perhatian.



Selain daripada pada itu, Gigi, 25, berkata kehadiran cahaya mata mengubah kehidupannya.

“Anak perempuan kami telah selamat dilahirkan dan dia sudah mengubah kehidupan kami.

“Saya amat menyayanginya,” tulis Gigi.

Pasangan merpati dua sejoli ini mula berkenalan di sebuah acara pada 2015.

Mereka bagaimanapun berpisah pada awal tahun 2019 namun kembali bersama beberapa bulan selepas itu.

Baca juga:   Aslan nama anak Kaka Azraff