Baby Shima jadi Baby Jerung pula, lari lintang pukang kena tegur dengan Mummy Jerung!

PENYANYI Baby Shima membuat kejutan apabila tampil dengan beberapa video bersama-sama Skuad Jerung Merah di laman TikTok miliknya.

Lebih menarik, video berkenaan mendapat lebih 4.6 juta kali tontonan hanya dalam masa 24 jam!

“Beri laluan, beri laluan,” ungkap Skuad Jerung Merah.

“Baby jerung nak lalu ni boss,” sahut Baby Shima.

Video Shima tampil bersama Skuad Jerung Merah.

Dia kemudian didatangi Mummy Jerung atau nama sebenarnya Sofiaa Marieylla.

“Amboi, apa baby baby? Mummy Jerung ni boss,” Kata Sofiaa.

Rata-rata pengikut Baby Shima juga menyatakan rasa teruja mereka terhadap kerjasama kedua-dua selebriti ini.

“Comel Baby Shima lari tu,” komen seorang pengguna TikTok

“Wah 1 juta views hanya dalam satu jam!,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Video Baby Shima bersama Skuad Jerung Merah raih lebih 4.6 juta kali tontonan setakat ini.

Baby Shima turut memuat naik beberapa lagi video bersama Mummy Jerung dan skuad Jerung Merah yang juga mendapat lebih 1 juta kali tontonan.

Dalam perkembangan lain, Sofiaa Marieylla yang juga anak kelahiran Marang, Terengganu juga sedang menanti tarikh pelancaran single sulungnya berjudul Akulah Jerung Merah.

Antara komen di ruangan video berkenaan.

Beberapa video sedutan klip video lagu berkenaan juga telah dikongsi sejak minggu lalu.

Sofiaa Marieylla kini bergelar artis rakaman di bawah naungan Rocketfuel Entertainment.