Ayda Jebat bakal jadi ibu, mohon doa baik-baik dari peminat

PENYANYI dan pelakon, Ayda Jebat akhirnya mengumumkan secara rasmi bahawa dirinya sedang hamil anak pertama.

Hal yang telah menjadi teka-teki peminat akhirnya telah terjawab apabila Ayda Jebat berkongsi sebuah video kejutan untuk suaminya Nabil Mahir di Instagramnya.

Dalam video, Ayda cuba mem’prank’ suaminya konon ingin mempromosi produk. Sebaliknya, apa yang mengejutkan adalah apabila Nabil Mahir mendapati satu alat ujian kehamilan yang menunjukkan dirinya hamil.

Katanya, “Assalamualaikum, Bismillah. Insyaallah our junior is coming. Doakan yang indah-indah buat kami. Amin..”.

Perkongsian oleh Ayda Jebat

Dalam pada itu, Ayda meminta doa para peminat dan dijangka melahirkan anak sulungnya pada Oktober depan.

Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).