“Astaghfirullahalazim!” – Didi Astilah dedah terima ugutan, siap tunjuk pisau!

PELAKON dan penyanyi Didi Astilah akui terkejut dan terkesima selepas menerima mesej daripada individu tidak dikenali menerusi DM Instagram miliknya.

Individu terbabit menghantar mesej dengan gambar sebilah parang serta minta penjelasan, mengenai hubungannya dengan seorang jejaka dikenali sebagai Aiman Aziz.

“Astaghfirullahalazim… Terkejut bila nampak DM ni. Dengan kata2 kesat & ugut saya macam ni.

“tolong jangan fikir saya tak boleh ambil tindakan dan awak suka2 je bagi saya kata2 macam ni,” tulis Didi di Instagram.

Perkongsian Didi di instagram.

Malah, individu terbabit turut beri ugutan untuk mengancam nyawanya kerana tidak menjawab pertanyaan tersebut.

Dek kerana bimbang dengan keselamatan dirinya, Didi akan buat laporan polis dalam waktu terdekat berhubung perkara ini.

Sementara itu, rata-rata pengikut Instagram Didi menyokong keputusan Didi agar ambil tindakan terhadap individu terbabit kerana sikapnya yang keterlaluan